DASAR 5S & LOGO


LOGO 5S PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI



JUSTIFIKASI LOGO 

Bulan Sabit melambangkan Kementerian KESIHATAN



Bentuk Hati merupakan sayang , suka dan  gembira



Logo 5S yang menggabungkan Bulan Sabit dan bentuk Hati adalah :-



Amalan 5S akan melahirkan perasaan suka / gembiran pada tempat kerja dan persekitarannya dimana tempat kerja yang kemas, selamat dan lebih ‘mesra alam’ ( kita mengetahui kerja serta keperluan peribadi). Ini akan menyebabkan kita bekerja dengan lebih efisyen dan berdaya saing di mana Kesihatan lebih terjamin kerana kita juga mengetahui barang yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan terletak dimana dan langkah berjaga-jaga atau persiapan keselamatan boleh diambil.

POLISI 5S

PKD Kota Tinggi komited dalam amalan 5 S dengan mewujudkan persekitaran kerja kondusif dan berimejkan korporat bermatlamat melahirkan budaya kerja berkualiti berteraskan muafakat untuk pemantapan organisasi,peningkatan produktiviti serta kepuasan pelanggan.


OBJEKTIF

1.     Mewujudkan suasana kerja yang bersih,kemas dan selamat.
2.     Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan motivasi dikalangan anggota
3.     Menjadikan pengurusan operasi organisasi terutamanya stor dan dokumen lebih 
        sistematik dan berkesan
4.     Meningkatkan produktiviti dan kecekapan  sistem penyampaian perkhidmatan kepada 
        pelanggan
5.     Mengurangkan aduan pelanggan


MATLAMAT

Ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan inovatif melalui persekitaran kondusif yang diiktiraf melalui pensijilan 5S

SLOGAN



Kondusif Produktif Responsif Ceria